7 June 2012


Mengapa Anda Perlu Takaful

Ada 11 sebab mengapa anda perlu menyertai takaful

1. Menyediakan dana pendapatan sekiranya anda meninggal dunia. 
2. Menyediakan pendapatan sekiranya anda hilang upaya 
3. Menyediakan dana persaraan 
4. Menyediakan dana pendidikan anak-anak. 
5. Menyediakan dana penyakit kritikal. 
6. Mengelakkan dari berhutang 
7. Melindungi aset 
8. Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah. 
9. Melindungi perniagaan 
10.Melakukan amal jariah 
11.Mengurangkan cukai pendapatan 

Elakkan ini dari terjadi ...

Fikirkan sejenak

May 23rd, 2007 by 1takaful
Setiap insan mengimpikan kehidupan yang baik. Di dalam agama Islam, kehidupan yang baik adalah yang seimbang dengan mengwujudkan gabungan unsur kerohanian dan kebendaan di dalam kegiatan harian.
Untuk mencapai kehidupan yang baik di dunia dan akhirat, kita juga perlu membuat perancangan kewangan. Bijak merancang dan menguruskan kewangan adalah unsur penting membentuk keluarga yang sejahtera dan stabil. Walaupun wang bukan segala-galanya, namun ia mempunyai kaitan secara langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas di dalam kehidupan.
Perancangan dan pengurusan kewangan keluarga membabitkan perbelanjaan, perlindungan daripada risiko, simpanan dan pelaburan. Mengurus kewangan membolehkan keluarga menyedari matlamat dan berusaha mencapai matlamat dengan sumber kewangan yang ada. Pengurusan kewangan juga membolehkan keluarga menghadapi cabaran atau keadaan yang tidak terduga, selain membentuk disiplin diri dan sikap bertanggungjawab terhadap kehidupan masa kini dan akan datang.
Kisah Nabi Yusuf a.s
Kisah abi Yusof a.s. membuat perancangan untuk negara Mesir yang menghadapi suasana kegawatan ekonomi akibat kemarau panjang selama tujuh tahun patut diteladani dan dicontohi. Di dalam ayat 43 hingga 49, surah Yusof, Allah s.w.t. menggambarkan contoh usaha manusia membentuk sistem perlindungan menghadapi kemungkinan yang buruk di masa akan datang.
Secara ringkas, ayat ini menceritakan jawapan yang diberikan oleh Nabi Yusof a.s. mengenai mimpi Raja Mesir iaitu menasihatkan mereka supaya sebahagian daripada hasil bercucuk tanam yang diperolehi pada tujuh tahun berikutnya disimpan. Ini adalah kerana selepas tempoh tujuh tahun tersebut, akan berlaku kesulitan (kemarau panjang) yang memusnahkan hasil tanaman mereka. Semestinya, mereka hanya boleh bergantung hidup menggunakan hasil tanaman yang telah dikumpulkan pada tujuh tahun sebelumnya.
Di antara langkah mudah menguruskan kewangan mengumpulkan wang secara sistematik dan seterusnya membuat pembelian secara tunai dan bukannya secara kredit (hutang). Seterusnya, melalui perlindungan takaful keluarga dan takaful am kita dapat merancang untuk menyediakan sumber kewangan yang khusus dan segera seandainya ditakdirkan berlaku malapetaka ke atas diri kita, keluarga kita atau harta-benda kita.


Hubungi saya untuk keterangan lanjut:- 014-7240397



8 January 2012

sharni kaseh: salam kasih sayang buat semua

alhamdulillah,kini saya dan suami telah mula berniaga untuk menambah pendapatan keluarga,serta yang penting mencari keredhaan ALLAH YANG MAHA ESA......kami merancang untuk membeli rumah yang lebih selesa untuk kami dan anak-anak kami nanti...Moga ALLAH perkenankan usaha kami...AMINNNN

8 September 2011

MEKAR MEWANGI

Alhamdulillah,aku dikurniakan suami dan anak yang sangat membahagiakan,semakin lengkaplah hidupku kini....
Aku akan cuba yang terbaik untuk menjaga kebahagiaan syurga dunia kami,SHARNI KASEH

19 August 2011

salam lebaran buat semua

kita akan merayakan hari yang paling besar,tanda syukur kita pada ALLAH setelah sebulan kita berpuasa. Oleh itu kita di sunatkan memakai pakaian yang baru dan bersih,menziarahi kubur,serta memaafkan kesalahan sesiapa sahaja pada kita dan kita juga perlu meminta maaf pada orang lain....Moga ALLAH mengampunkan setiap kesalahan kita,AMIN.....

26 July 2011

happy ramadhan

Ramadhan bakal menjelma,bermulalah episod baru dalam bulan ini untuk menambah pahala,mencuci dosa dan menginsafi diri serta mendekatkan diri pada Yang Maha Pencipta....Sama-samalah kita mendekatkan diri padaNYA.....AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN